Monday, February 1, 2010

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

http://apps.emoe.gov.my/ipba/ResearchPaper/journal/article3.pdf

jurnal ini merupakan kajian kes satu tempat dan pelbagai kes. Data kajian
ini diperoleh secara kuantitatif iaitu dengan menggunakan soal selidik dan
juga secara kualitatif iaitu menggunakan teknik pemerhatian tanpa turut serta dan temu bual. Data-data kualitatif digunakan sebagai data sokongan dalam kajian ini.Kajian ini bertujuan untuk melihat tiga perkara utama iaitu kesediaan guru bahasa Melayu, kesediaan murid dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di SK Cenderawasih. Data kajian kuantitatif diproses secara manual bagi mendapatkan frekuensi, sementara data kualitatif diproses mengikut tema-tema tertentu. Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru berminat dan bersedia untuk mengajarkan bahasa Melayu. Mengikut persepsi guru, murid-murid juga bersedia untuk belajar dan guruguru tidak menghadapi masalah dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian
juga menunjukkan majoriti guru yang mengajar Bahasa Melayu adalah berkelayakan dan berpengalamanPini merupakan kajian kes satu tempat dan pelbagai kes. Data kajianini diperoleh secara kuantitatif iaitu dengan menggunakan soal selidik dan juga secara kualitatif iaitu menggunakan teknik pemerhatian tanpa turut serta dan temu bual. Data-data kualitatif digunakan sebagai data sokongan dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk melihat tiga perkara utama iaitu kesediaan guru bahasa Melayu, kesediaan murid dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di SK Cenderawasih. Data kajian kuantitatif diproses secara manual bagi mendapatkan frekuensi, sementara data kualitatif diproses mengikut tema-tema tertentu. Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru berminat dan bersedia untuk mengajarkan bahasa Melayu.Mengikut persepsi guru, murid-murid juga bersedia untuk belajar dan guruguru
tidak menghadapi masalah dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian juga menunjukkan majoriti guru yang mengajar Bahasa Melayu adalah berkelayakan dan berpengalaman.

salaaamm...harap dapat komen jurnal ini, thanks..

PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article89.pdf

ABSTRAK
Artikel ini memberikan penjelasan tentang beberapa perkara yang
berhubung dengan permainan bahasa. Pada hari ini aktiviti permainan
bahasa kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah. Antara alasan yang
diberikan adalah seperti tiada ruang di dalam bilik darjah, bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas, aktiviti ini memerlukan perancangan yang rapi, kekangan masa, ketiadaan alat dan bahan yang berkaitan dan sebagainya. Justeru, artikel ini memberikan input yang dapat membantu para guru dalam merancang dan mengelolakan aktiviti permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.