Monday, February 1, 2010

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

http://apps.emoe.gov.my/ipba/ResearchPaper/journal/article3.pdf

jurnal ini merupakan kajian kes satu tempat dan pelbagai kes. Data kajian
ini diperoleh secara kuantitatif iaitu dengan menggunakan soal selidik dan
juga secara kualitatif iaitu menggunakan teknik pemerhatian tanpa turut serta dan temu bual. Data-data kualitatif digunakan sebagai data sokongan dalam kajian ini.Kajian ini bertujuan untuk melihat tiga perkara utama iaitu kesediaan guru bahasa Melayu, kesediaan murid dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di SK Cenderawasih. Data kajian kuantitatif diproses secara manual bagi mendapatkan frekuensi, sementara data kualitatif diproses mengikut tema-tema tertentu. Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru berminat dan bersedia untuk mengajarkan bahasa Melayu. Mengikut persepsi guru, murid-murid juga bersedia untuk belajar dan guruguru tidak menghadapi masalah dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian
juga menunjukkan majoriti guru yang mengajar Bahasa Melayu adalah berkelayakan dan berpengalamanPini merupakan kajian kes satu tempat dan pelbagai kes. Data kajianini diperoleh secara kuantitatif iaitu dengan menggunakan soal selidik dan juga secara kualitatif iaitu menggunakan teknik pemerhatian tanpa turut serta dan temu bual. Data-data kualitatif digunakan sebagai data sokongan dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk melihat tiga perkara utama iaitu kesediaan guru bahasa Melayu, kesediaan murid dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di SK Cenderawasih. Data kajian kuantitatif diproses secara manual bagi mendapatkan frekuensi, sementara data kualitatif diproses mengikut tema-tema tertentu. Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru berminat dan bersedia untuk mengajarkan bahasa Melayu.Mengikut persepsi guru, murid-murid juga bersedia untuk belajar dan guruguru
tidak menghadapi masalah dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian juga menunjukkan majoriti guru yang mengajar Bahasa Melayu adalah berkelayakan dan berpengalaman.

salaaamm...harap dapat komen jurnal ini, thanks..

4 comments:

  1. Untuk berkomunikasi kita memerlukan bahasa kerana bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Tidak kiralah komunikasi itu dilakukan secara lisan atau bukan lisan. Melalui bahasa seseorang itu dapat menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman,buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya. Ini menunjukkan betapa pentingnya bahasa dalam kehidupan seharian manusia.


    Walau bagaimanapun, belajar bahasa terutamanya bahasa Melayu bukanlah suatu perkara yang mudah. Majoriti pelajar masih lagi lemah dalam bahasa Melayu walaupun ia merupakan bahasa ibunda bagi pelajar Melayu. Mengapa situasi ini berlaku? Apakah faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku? Berpunca daripada pelajar atau pun daripada guru atau punca-punca lain?


    Ramai guru yang menganggap mengajar bahasa Melayu merupakan suatu tugas yang mudah. Oleh yang demikian, mereka menganggap mana-mana guru boleh mengajar bahasa melayu walaupun berlainan opsyen. Sebagai contoh, kekurangan guru yang berkelayakan untuk mengajarkan bahasa Melayu menyebabkan pihak pentadbir terpaksa mengambil tindakan dengan menempatkan guru-guru yang memilki opsyen lain untuk mengajar bahasa Melayu.

    Situasi yang berlaku ini tidak dapat membantu dalam meningkatkan penguasaan berbahasa di kalangan murid. Ini kerana guru-guru yang berlainan opsyen kebanyakannya kurang menguasai aspek-aspek bahasa dan ini menimbulkan masalah apabila mereka menyampaikan pengajaran.Berlainan dengan guru-guru yang mempunyai opsyen pengajian Melayu atau bahasa Melayu, mereka lebih yakin untuk mengajar bahasa Melayu.

    Kesimpulannya, bagi memastikan bahasa Melayu dapat difahami oleh pelajar dengan baik guru-guru perlu membuat persediaan dari segi perancangan pengajaran, persediaan harian dan juga bahan bantu mengajar yang akan digunakan dalam pengajaran. Elakkan daripada P&P yang berfokuskan kepada peperiksaan. Ini kerana ia akan menyebabkan guru-guru terikat dengan langkah-langkah dan peruntukan masa yang terbatas sehingga guru-guru tidak “mampu” untuk berinteraksi dengan murid.

    ReplyDelete
  2. Penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu sama ada dalam peperiksaan dan komunikasi sosial, nampaknya sudah tidak asing lagi dalam kehidupan seharian. Ramai yang berpendapat bahasa Melayu mudah untuk difahami dan mudah untuk mengajar subjek bahasa Melayu.Tidak hairanlah jika ramai guru yang ditugaskan mengajar bahasa Melayu yang bukannya pengkhususan mereka.Akibatnya,masalah pengajaran dan pembelajaran akan menyebabkan matlamat sebenar tidak akan tercapai.Dalam bidang pedagogi pula, masalah yang di kenal pasti ialah P&P lebih bersifat sehala kerana pelajar tidak membuat persediaan awal terlebih dahulu, menyebabkan kurangnya interaksi pelajar dengan guru di dalam bilik darjah.

    Cadangan yang dikemukakan bagi mengatasi permasalahan dalam bidang sumber tenaga pengajar ialah memberikan guru Bahasa Melayu insentif dalam bentuk kewangan dan peralatan sebagai galakan bagi meningkatkan daya usaha mengajar, profesionalisme dan keterampilan. Di samping itu, Bahagian Pendidikan Guru perlulah menentukan keperluan guru di sekolah mengikut kesesuaian pengkhususan masing-masing. Guru yang lebih berpengalaman dan layak mengajar bahasa Melayu akan lebih menjamin keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

    Cadangan bagi mengatasi permasalahan dalam bidang pedagogi pula ialah mempelbagaikan strategi P&P untuk menarik minat pelajar supaya berinteraksi dengan lebih aktif. Oleh itu, perancangan dan pelaksanaan P&P pedagogi bestari perlu berasaskan pengelompokan kumpulan berdasarkan profil pelajar serta persekitarannya. Di samping itu P&P Bahasa Melayu perlu digabungkan dengan P&P Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Jika kekangan yang ada dapat diatasi,sudah tentulah subjek bahasa Melayu akan menjadi salah satu subjek yang dapat dikuasai oleh semua pelajar sama ada yang cemerlang atau lemah.

    ReplyDelete
  3. Berdasarkan jurnal yang ditulis, saya bersetuju dengan penulis mengenai kepentingan pengajaran bahasa Melayu di sekolah. Seperti kata penulis, memang akan timbul masalah andainya guru yang bukan opsyen BM diarahkan mengajar subjek tersebut. Saya sebagai guru BM, mempunyai opsyen BM dapat menegsan dan mendengar luahan dari guru bukan opsyen BM terpaksa mengajar BM. Masalah akan timbul, pertamanya dalam menguasai tatabahasa. Sepertikata penulis, untuk mengajar BM perlu membuat persediaan awal terutamnya bagi saya apabila mahu mengajar tatabahasa kerana ianya agak terperinci dan berlaku kekeliruan. Diharapkan pihak sekolah dan guru-guru tidak menganggap subjek ini remeh dan senang untuk diajar kerana tanggapan inilah menyebabkan ramai anak Melayu terkandas dalam subjek ini sewaktu peperiksaan.

    ReplyDelete
  4. salam,
    penguasaan bahasa melayu yang baik dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa melayu seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran bahasa melayu.

    ReplyDelete